Cara menghilangkan perut buncit

Hai, assalamualaikum! Harini kita buka topik tentang Perut Buncit.

Tipulah kalau tak pernah nampak perut yang buncit walau sekali seumur hidup korang kannnn? Lagi2 kat badan sendiri.
Ramai yang mengadu kat dija pasal perut buncit diorang. Terutamanya yang jenis badan kurus ni. And bagi dija, sebenarnya normal bila ada perut buncit. Tak pelik macam alien pun.

Start perbincangan! First of all, korang kena tahu perut buncit ni ada dua jenis. Yes, ada dua. Ni bukan dija creat fakta ni sendiri. Tapi ini info yang dija dapat dari Doctor Oz. Kalau curious korang boleh la check kat google siapa tu. Dia agak famous di Amerika.

Ok start!

Menurut Doctor Oz, perut ni buncit ada 2 sebab.

1. Lemak
2. Angin

Cara nak kenal pasti perut korang buncit sebab lemak atau angin ialah dengan menekan perut korang. Tekan banyak kali. Tak perlu kuat sangat. Sekadar nak tau ada angin tak kat kawasan tu. Kalau korang sendawa lepas tekan-tekan perut korang tu. Maknanya ada angin yang tersembunyi dalam usus besar korang. Kalau tak ada tu maknanya LEMAK!!!

Perkara ini berlaku apabila:
1. Suka makan cepat2 sampai makanan tak sempat hadam

2. Makan dan minum berselang seli. Minum tu tak salah. Tapi kalau boleh kurangkan. Sepatutnya jarakkan 30 minit sebelum dan selepas makan. Ini untuk pastikan makanan tu diproses dengan baik dalam usus besar. Kalau nak lebih detail, supaya najis tu pejal and rapat and senang je keluar.. haha

3. Minuman bergas. Ni mestilah semua orang tahu kan? Contoh macam pepsi, coca-cola, seven up dan banyak lagi. Menurut apa yang dija pernah dengar, pepsi ni dicipta supaya orang lawas nak buang air besar. Tapi sebab sedap kot, orang mula ambik secara berlebihan. Satu teguk tu dah dikira cukup dah. Bila lebih, tu yang angin banyak dalam badan. Dan tempat paling spesifik konfem lah perut.

So sekarang ni korang dah tahu penyebabnya. Dan teruslah kita fokus kepada penyelesaiannya pula!

Cara penyelesaian:

1. Makanan. Kawal pemakanan korang. Makan makanan berkhasiat, banyakkan makanan yang mengandungi serat dan vitamin seperti sayur dan buah-buahan. Ini untuk pastikan makanan yang diproses keluar dengan tertib dan elok. Tak ada gap atau sembelit.

2. Bersenam. Korang tak perlu pun susahkan diri bangun awal pagi semata-mata nak berjoging, diet sampai tak makan atau beli set bersenam yang mahal untuk dapatkan perut yang ideal. Apa yang korang perlu buat cuma... CUMA SIT UP JERRR. Serious tak susah! Bangun je dari tidur tu, korang terus buat sit up. Angkat kepala dan bahagian atas badan korang dan rapatkan ke bahagian peha. Kalau boleh sampai korang mampu cium lutut korang sendiri. Disiplin tu penting! Korang kena buat ni selalu, setiap hari. Kalau perlu buatlah target dan capai target korang tu. Macam nak buat sit up setiap pagi sebanyak 100 kali. Boleh je. Tapi dija faham, ada yang tak mampu nak capai tu dalam sehari. It's okay, buatlah banyak mana yang korang mampu dalam sehari tu. Yang penting konsisten. Hari-hari!

Kesan:
a.lemak yang pejal di bahagian perut korang akan terpecah secara semula jadi.
b. Otot perut bertambah kuat.
c. Angin tersembunyi di sekitar perut dan usus dapat dikeluarkan.

3. Minum banyak air putih/mineral. Orang kata air ni penawar banyak penyakit. Salah satunya tu lah. Lemak degil yang melekat kat badan korang tu. Lemak tu bukan batu kan? Even batu kat gua pun kalau dititiskan air setiap hari mampu menjadi lekuk. Inikan pula lemak. Minum tu kena banyak. Dalam 2 liter sehari bersamaan dua botol besar air mineral. Sebenarnya kalau ikut fakta yang lebih detail tentang cara minum air ni. Korang kena ikut berat badan korang. Kalau berat 50kg dan kebawah minimum 2 liter. 51kg keatas minimum 3 liter. Korang boleh try google tengok lebih lanjut. Ni apa yang dija dah simplify kan. ^_^

And ni cerita sebenar kenapa dija boleh jatuh cinta dengan air ni. Beberapa bulan yang lalu dija try ambil sejenis suppliment ni. Orang kata kalau ambil suppliment ni kena banyak minum air. Kalau tak nanti jadi batu karang. Hah, kan dah susah! So, demi berjaga-jaga dan mengelakkan daripada "terjadinya' batu karang itu. Dija ikut apa yang sepatutnya dilakukan. Iaitu minum air lebih 2 liter setiap hari. Dan ini apa yang berlaku, berat badan dija yang masa tu 53kg but still kurus. Makin kurus menjadi 42.9kg dalam masa 2 hari. Nampak sangat kekurusan tu sebab lengan dija nampak kecil sangat. Macam batang kayu. Haha. Sebab tu dija suggest kat korang yang nak kurus banyakkan minum air. Its a healthy way for you to slim.

Kesan:
a. Makanan dan dimakan mudah dicerna.
b. Proses pembuangan menjadi lancar.
c. Lemak di bahagian dinding perut akan tertanggal dan dibuang melalui  air kencing.
d.

4. Duduk. Cara duduk seseorang menunjukkan tahap disiplin yang dia ada. Dan ramai yang menunjukkan tahap disiplin mereka yang kurang dengan BARING/SANDAR selepas makan. Ini tidak baik untuk usus kerana akan berlaku  gap atau ruang pada proses pencernaan yang menyebabkan wujudnya angin tersembunyi di dalam usus. Cara lebih tepat nak terangkan tu macam.. korang pergi econsave tapi barang dia lintang pukang tak tersusun. Hah, macam tu! Haha

5. Minum teh panas. Minuman teh ni dah lama dah diamalkan oleh orang sekeliling dunia. Jepun, Korea, Eropah, China, India bahkan Malaysia sendiri. Cumanya setiap tempat, tak samalah air teh yang digemari mereka. Macam orang Jepun, diorang suka teh hijau. Kalau korea, diorang suka air teh yang wangi macam teh bunga dan barli. Kalau China, kita semua tahu diorang suka teh herba. Dan harganya pun boleh tahan. Di India tak kurang juga dengan mengemari teh assam. Sebab teh ni banyak ditanam di Assam (daerah India antara India dan bangladesh). Di Malaysia sendiri pun kita ada ladang teh boh di Cameron Highlands. Walaupun rasanya berbeza, kesannya tetap baik untuk badan. Kalau nak cepat kurus, campurkan teh, madu, halia dan sedikit air perahan lemon.

Kesan:
a. Teh dapat mengelakkan lemak daripada melekat di dinding perut.
b. Lemon yang berasid dapat menghakis lemak pada dinding perut. Pesan dija kalau ada gastrik,better kurangkan lemon tu. Minum teh je pun tak apa.
c. Halia digunakan untuk membuang angin dalam badan.
d. Madu mengandungi banyak manfaat. Antaranya sebagai antiseptik, melindungi dinding perut, dan banyak lagi.

Sekian itu sahaja untuk blog dija kalini. Dija doakan semoga korang yang amalkan apa yang dija dah bagitau ni CEPAT KURUS!!!! Muah! ^_^

Comments

  1. Harrah's Cherokee Casino - Mapyro
    Harrah's Cherokee 부천 출장안마 Casino 파주 출장마사지 features 2,750 spacious 동해 출장안마 hotel rooms with 5034 guest rooms including a 대전광역 출장샵 full-service spa, 제주 출장샵 an indoor pool and a casino. Harrah's Cherokee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts