Servis Skynet Kluang Terbaik

"Servis skynet Kluang memang terbaik!"
Itu kataku saat pertama kali melangkah ke dalam office Skynet cawangan Kluang. Mana taknya, aku masa tu dengan keadaan yang memang nampak "memerlukan bantuan", aku terus dibantu oleh mereka.
Haha.. akibat pengaruh novel tulisan aku dah macam dalam novel pulak.
K.. ni cerita betul. Pagi tadi, aku memang dah rancang dah nak hantar barang kat Skynet. Bukannya aku nak pun guna perkhidmatan Skynet ni, tapi sebab dah terjebak jadi seller Lazada ni kan. Perkhidmatan kurier yang dia bagi first2 tu memang Skynet. Macam ada konspirasi gitu kan?? Haha
Serius aku memang tak tahu yang kalau kurier tu tak ada pilihan. Boleh guna satu jenis je. Kalau nak tukar ke Poslaju kene hantar email dan nyatakan sebab munasabah kenapa kau nak tukar.
Aku confirm lah sebab Poslaju lagi dekat! Gdex dan Skynet dekat arah Utara Bandar sana. Kena redah tengah bandar tu.. plus kereta banyak pulak tu, jam dan sebagainya. And lepas Lazada update kata dia accept permintaan aku tu. Bukan terus dia bagi tukar, haih kena tunggu lagi dua minggu baru dapat tukar. So sepanjang menunggu 'proses penukaran' perkhidmatan kurier aku ni. Terpaksalah pakai Skynet dulu.


Aku pun ada baca review2 pelanggan Skynet yang rata2nya tak suka dengan servis diorang. Lambat sampailah, lambat updatelah, tak hantar2lah.. and macam2 lagi. So aku pun macam risau jugaklah nak pakai servis Skynet ni. Bukan apa.. takut tak sampai dekat cust je. Kalau lambat tak apa lagi. Ni ada yang kata dah berbulan2 tak receive order lagi. Hah aku pun doalah banyak2 hope tak jadi kat cust aku. Nanti dengan aku sekali dipersalahkan sebagai seller tak bertanggungjawab. Fyi, aku dapat email je dari Lazada mengatakan aku ada order, aku terus klang kabut bukak lappy print segala borang and lepas tu bungkus parcel siap2 lepastu kalau sempat terus hantar. Tapi biasanya aku hantar esoknya sebab aku tak ada lesen lagi and aku pun fobia dengan kereta banyak kat bandar ni, so haritu kena cakap awal2 ngan ayah, esok nak hantar parcel. Ayah aku memang supportlah sebab dia pun memang orang bisnes. Cuma kekadang tu dia stress jugaklah nak cari parking kat tengah2 bandar tu.
Memandangkan aku ni first menggunakan servis Skynet, so aku tak ada Flyers nak bungkus item tu. So aku pun ambiklah plastik yang dulu beli buat bungkus kerepek tu. Bungkus dulu dalam tu. Nak pakai Flyers Poslaju macam tak sesuai pulak. Karang akak kat pejabat tu bagi jelingan maut kat aku nanti kang pakaikan baju Poslaju pulak kat barang aku ni.
So masa masuk2 je, aku dah set2 ready nak kuatkan hati aku berjumpa dengan orang2 muka ketat, tak ramah dan nampak kehidupan mereka dibelenggu stress yang amat sangat ni. Tapi tekaan aku meleset!
Masa lagi satu langkah je nak bukak pintu pejabat Skynet tu. Ada sorang auntie Cina ni cepat2 datang ke arah aku and tolong bukakkan pintu. Aku ingatkan dia staf kat situ sebab dia ada kat belakang kaunter tu tadi. Rupanta dia empunya tuan office daa.. Dia dengan suami dia aku rasa. Sebab diorang tak duduk macam staf kat situ. Diorang macam hyperaktif gila nak selesaikan benda kat situ. Memang daebaklah! Nampak cepat sangat diorang buat kerja. Haha aku pulak yang gelabah!
K, lepas je aku masuk tu. Dia terus dah ambik kertas (ada kat dalam bakul atas kaunter) nak bagi aku isi. Tapi aku terus cakap aku ni lazada seller. Suami dia mencelah tanya ada Flyers tak sebab masa tu memang nampak macam kesian gila parcel aku.. pakai baju jarang. Tak nampak macam parcel pun. Haha..
Aku mintak dua and uncle tu pun bagi kat isteri dia. Aku terus masukkan barang aku dengan salinan invoice dalam tu and untie tu yang tolong bungkuskan. Pastu punyalah gelabah, the next parcel aku cecepat bungkus sendiri sebab macam tak biasa pulak orang office tolong aku bungkus parcel ni.
And then macam tu je lah ceritanya.. aku cuma dikenekan bayaran RM1 sebab aku ni Lazada seller, kos shipping dan selainnya nanti dipotong dari duit cust. RM1 tu pun aku tak tahu kenapa, maybe flyers kot. Tak pelah.. lagipun ayah aku pun ada kat situ. Dia dengar je kene bayar, aku baru nak keluarkan duit, dia dah bayarkan dulu dah. See punyalah ayah aku support bisnes aku ni! Tadi pun hampir sesat jugak kitorang cari office Skynet. Aku nak call je terus tanya kat mana sebenarnya office diorang ni cari2 tak jumpa. Tapi ayah kata pakai je waze. Haha.. Rupanya kat kedai belakang2 tu. Tempat tak sesak jugak. Senang parking.
So tu je lah review aku pasal Skynet branch Kluang. Tapi ni baru servis kat kaunter, proses penghantaran cepat ke lambat and macam mana lepastu aku tak tau lagi. Insya allah nanti aku update lagi.
Tq sudi baca! ^_^

Comments

Popular Posts