Mempengaruhi & dipengaruhi

Mempengaruhi bermaksud kau mempengaruhi hidup orang lain. Tak kisah la sama ada dari cara pemakaian kau ke, cara makan, bercakap, sampailah ke cara tidur. Akan ada yang ikut cara kau.

Definisi dipengaruhi pula ialah bila kau mudah dipengaruhi dengan sikap orang di sekeliling kau. Pernah tak kau perasan, dalam diam atau secara tidak sedar kau telah terikut gaya seseorang. Contoh, "I rasa I nak makan Chicken Chop harini!" ^_^
Dari mana kau ikut gaya tu? Makanan tu pulak? DARI MANA?! Mungkin itulah tandanya kau telah dipengaruhi.

Haha.. actually aku buat artikel ni pun bukan apa. Just terfikir macam mana dengan mudahnya seseorang itu dipengaruhi.

Nak dijadikan cerita. Kawan aku ni memang jenis yang tak pakai kosmetik. Kekadang tu nampaklah dia pakai make up. Tapi kalau ada even jerr. Kalau skincare, dia tak pernah share dengan kitorang dia pakai apa. Tapi, muka dia memang biasa2 je. Kau pernah tak nampak orang yang tak pakai apa2 skincare? Macam tu lah muka dia. Haha soalan apekah ini ^_^!!

So satu hari tu, dia ada tanya aku sekarang ni tengah pakai produk apa. And aku rasa dia pun macam curious jugaklah kenapa muka aku tak ada jerawat. So aku ni kan JUJUR ^_^ hehe.. aku bagitaulah yang aku pakai shiseido peel-off mask tu. Betul la.. dah lama dah aku nak pakai benda tu. Dah la kene beli online. So beli lah borong. Hambek kau!

So masa cuba tu, aku terus jatuh cinta dengan benda tu. Mana tak nya.. sekali cabut, semua sekali dia angkat keluar. Whitehead tu kurang lah. Memang betul kawan2 aku kata. Benda tu tak berkesan sangat nak cabut whitehead ni, aku lagi suka picit or pakai putih telur. Lagi berkesan! Tapi yang bagusnya produk ni, kulit mati ka, muka berminyak ka, berdaki ka, even sunburn pun dia mampu peel-off kan! So aku memang suka lah!

Nak dijadikan cerita, disebabkan banyak sangat memborong sampai aku takut tak habis guna. Better aku jual je kat kawan2 aku. Aku siap tulis kat group kot siapa nak. Sorang pun tak nak. Hmm hampeh! Pastu kawan aku yang aku citer kat atas ni, aku ingatkan dia pun tak minat nak cuba. So aku diam je lah.. menunggu kot2 disebabkan aku share petua cantik aku ni, dia jadi nak beli dengan aku.

Satu haritu, kawan aku yang ada kedai jual baju tu share lah kedai makeup sebelah kedai dia tu jual barang murah2. Dia ni memang orang bisnes. Bab untung tu dia tak kisah, yang penting promo tu! Nampak orang tertarik nak membeli melalui dia tu, dia dah cukup suka dah. Haha macam aku! ^_^

Macam biasa kawan aku bawa lah apa yang dipesan semalam ke sekolah. Siapa pesan je dia bawak, yang nak pesan lagi kau kena inform haritu so esok baru dia bawa. Beberapa hari selepas dia start ambil order tu, terkejut lah jugak aku. Bukan sebab ramai yang beli kat dia. Tapi sebab kawan aku yang aku share aku pakai shiseido mask tu pergi beli kat dia. ~_~
Cuma jenama and jenis je lah berbeza. Aku punya dalam paket. Yang tu dalam botol. Haih.. betul2 kawan aku ni promo tau. Sampai si A yang mulanya tak berminat jadi berminat. Dah tu, yang peliknya.. dia sorang je yang nak beli sheseido tu. Yang lain nak vietnam mask and make up. Sebab diorg kata lebih berkesan kan. So just nak bagitau yang secara tidak langsung, aku telah mempengaruhi pilihan dia untuk membeli dan secara langsung kawan aku pun mempengaruhi dia.

So kalau seseorang tu berminat nakkan sesuatu tu, mesti ada yang mempengaruhi dia. Secara lamgsung atau tidak langsung.

Nak cerita lagi? Hah ni ada lagi satu cerita pasal kawan aku yang terikut gaya aku makan. K, aku ni dibesarkan dalam keluarga yang berdisiplin. Tak ada lah ketat sangat rules tu. Tapi cukup tegas untuk kitorang adik beradik ikut. Contohnya, waktu makan. Waktu makan, jangan bercakap sambil menyunyah, rambut tu ikat, duduk tegak, jangan tunduk sampai rambut pun masuk dalam pinggan, makan jangan "cap, cup, cap, cup". Kalau tak ikut, memang lah kene sound ngan ayah! So kalau dah kat rumah pun makan punya beradab. Apalagi kat sekolah kan? So nak dijadikan cerita.. kawan2 aku pun selalu nampak aku macam tu. And kekadang kalau aku sempat aku bawak bekal. Mula2 tu orang pandang.."bawak bekal? Tak ada duit ke nak makan kat kantin" and some of them like "untunglah bawak bekal, aku ni mana sempat."

And apa yang dapat aku lihat ialah sebenarnya secara tidak langsung aku telah mempengaruhi mereka tanpa sebarang kata2. Entah bila benda ni bermula, kawan aku mula makan dengan tertib. Even makan pun pegang sudu tu macam aku? Aku suka makan pegang yang hujung tu kalau time tu makan pakai sudu je tak dak garpu. And diorang rasa cantik kot gaya tu, so diorang terikut. Haha for me, actually tu gaya malas aku makan. Kalau ayah aku nampak, memang kene sound lagi lah jawapnya. "Makan betul2!" Tu apa yang dia selalu pesan. Pesan? Bolehlah..

Tak sangkalah jugak yang kawan2 aku nak ikut perangai aku yang bab tu. Perangai aku yang selalu pergi library baca buku yang penuh fakta tak nak pulak ikut. (Haha.. angkat bakul sendiri nampaknya?) ^_^!!

Pasal bekal pulak, kawan2 aku ni jenis yang modern life style punya orang. Semua tinggal beli je. Sampai datang sekolah tak sarapan pun dulu. Aku pun sama. Cumanya bila dah makin besar tu pandailah aku buat sendiri semua benda. So kalau tak sempat nak sarapan kat rumah, sarapan tu aku angkut pergi sekolah. Senang! Dah lah aku buat sesedap, pastu nak tinggal2 kat rumah pulak? Tak boleh! Kekadang aku bawak roti kaya jer pun. Kekadang kalau dah tak sempat sangat, ambik nasi putih, ambik lauk, tapau. Bawak jer pergi sekolah!
Kalau dah tak sempat sangat baru beli je kat sekolah. Aku ni pun bukan jenis suka pergi kantin. Sebab tu aku bawak bekal. So nak dijadikan cerita, mula2 tu aku je lah yang macam kera sumbang, aku sorang je yang bawak bekal. Tapi tak lama lepastu, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Dah ramai kawan2 aku yang bawak. Hah.. ada je yang mak dia sempat buatkan bekal rupenya. Sedap pulak tu. Dia je tak nak bawak. Malu agaknya.

So apa yang aku nak cakap ialah mungkin kita yang mulakan dahulu sesuatu pengaruh tu. Mungkin orang lain. Tapi apapun, ingat, secara tidak langsung sikap kau yang sekecil2 kuman tu pun tetap mempengaruhi keadaan di sekeliling kau.

Jangan marah kalau kau tak sama dengan orang lain. Mungkin kau dilahirkan untuk menjadi yang mempengaruhi dan bukan dipengaruhi?

Okay?

Stay happy and never give up in your life!

P/s: Kalau korang sempat lah kan, bolehlah melawat online shop aku ni,
Ig: dyxy_bunga652
Lazada: bunga652

Sekian, terima kasih! Terima kasih baca blog aku tau! Kalau korang baca, dm bagitau kat ig bunga tau. Haha terharu! #^_^#

Comments

Popular Posts